Sunday, March 20, 2011

Antara Kemalasan Dan Kerajinan.



Ini adalah status aku di Facebook malam semalam. Aku tulis status macam tu sebagai peringatan kepada diri sendiri. Aku sedar aku dah jarang update blog. Serius rindu blog ni. Tapi aku tetap kena buat pilihan. Kadangkala aku kena korbankan blog demi kerjaya aku. Lagi pun aku tulis blog sebagai hobi. Tapi kerjaya aku... Separuh daripada hidup aku sekarang.


Aku pernah cerita pasal dilema kerja aku dulu. Alhamdulillah, sekarang aku dah tetapkan pendirianku. Aku akan terus berada dalam bidang aku sekarang. Tahniah buat diri sendiri sebab dah tiga kali tolak tawaran jadi pensyarah atau lecturer. Huhu. Orang lain beria dan berebut-rebut nak jadi pengajar. Tapi aku...

Kepuasan bekerja sekarang bukan sebab duit. Serius aku cakap kat korang. Gaji aku tak sampai RM2000. Hidup kat Kuala Lumpur ni, gaji di bawah RM3000 berada dalam golongan *miskin tegar*. Maknanya aku kerja sekarang bukan sebab duit semata-mata. Tapi kepuasan dalam bekerja itu penting. Daripada kepuasan itu juga mendatangkan pekerjaan yang ikhlas. Insya-Allah.



Kerjaya Interior Designer ni orang kata glamour. Dapat design rumah orang-orang kaya. Dapat travel jauh-jauh kalau kerja dengan company besar. Betul. Tapi kepuasan dalam kerja aku sekarang bukan datang daripada design rumah orang kaya. Tapi...

Kisahnya bila ada walk-in customer datang ofis aku. Akak ni datang nak buat kabinet dapur. Untuk grab pelanggan, kena cepat bagi harga atau cepat tawarkan servis supaya pelanggan tak lari. Jadi aku terus tawarkan diri untuk pergi buat ukuran di rumah dia. Sampai sana aku tengok dapurnya agak kecil. Maklumlah, tinggal di apartment jenis rekaan lama. Di dapurnya cuma ada concrete top untuk dia letakkan dapur dan sink. Kabinet dapur langsung takde, jadi bahagian bawah dapur hanya ditutup dengan kain langsir.

Saturday, March 12, 2011

Penghadang Dua Ruang.


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Maaf sekali lagi sebab dah jarang update blog dan blogwalking. Sibuk yang dibuat-dibuat dan bila malam hanya mahu berehat di TV. Haha. Sumpah addicted tengok cerita Burn Notice kat Fox Channel Astro. Hensem dan lawak mamat Jeffery Donovan yang berlakon sebagai Michael Westen tu. Uiks.

*3 Mamat Hensem dalam 3 Siri Cerita yang aku suka tengok- Royal Pains, Burn Notice dan White Collar*

Kerana kemalasan dan kesibukan juga, niat untuk buat blog tentang design masih tak tercapai. Idea dah ada, tapi nak buat template dan background khas sikit punya lemah nak buka PC dan design. Doakanlah kerajinan itu terbit dalam diriku ini. Amin~



Hari ni nak kongsi design *penghadang* atau dalam English called as partition or divider. Penghadang ni bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, adanya penghadang juga dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru hanya sebab mahu ruang tambahan dalam rumah. 





Thursday, March 10, 2011

Gabungan Meja Belajar & Meja Solek


Minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Kerja banyak. Hari-hari ada client nak design rumah. (Bajet ramai client, padahal baru tunjuk harga dah cancel. Haha). Hari ni nak kongsi design meja belajar dan meja solek untuk client aku kat Damansara.


Design yang aku buat ni sangat simple kot. Sebab area agak kecil dalam Bilik Tidur Utama (Master Bedroom.) Material yang digunakan pun cuma gabungan acrylic dan melamine board.


Disebabkan ruangan agak sempit, maka warna lembut dan cerah dipilih untuk material dan cat. Aku saja letak warna purple kat situ. Tak tahulah tuan rumah rajin ke tak nak ada cat. Lagipun design belum proceed lagi ni. Doakanlah dapat ya. ^_^


Sekian saja entri ringkas aku pada hari ini. Ada kerja urgent untuk rumah Datin mana entah kena buat. Hari ni ada pekerja baru masuk opis aku. Harapannya, dia dapat meringankan beban kerja kat opis ni. Boleh aku buli dia nanti.. Haha.

Selamat bekerja semua! Salam.

Saturday, March 5, 2011

Sebelum Saya Mati...



Tajuk entri macam nak tinggalkan wasiat terakhir je kan? Huhu. Tapi siapalah yang boleh ramal kematian. 3 benda yang Tuhan dah tentukan, JODOH (dah jumpa ke?) REZEKI (Insya-Allah ada) dan MATI. Tahu tak bila?

Apa-apa pun sebelum mati, setiap orang akan ada impian masing-masing. Orang yang tiada impian atau matlamat umpamanya tiada hala tuju yang jelas. Impian yang kita citakan itu boleh jadi mustahil atau akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Malah, setiap impian kita itu boleh jadi dapat membantu orang lain atau hanya diri kita sendiri



Sebab tu aku suka cara Candy Chang, seorang perancang bandar dan designer yang mengambil inisiatif untuk mengetahui impian penduduk di sekitar New Orleans. Beliau mengetahui kehendak dan impian mereka dengan mendirikan sebuah papan tulis di atas sebuah dinding rumah yang terbiar. Setiap penduduk boleh mengekspresikan kehendak itu dengan menyambung ayat *Before I die I want to* atau Sebelum aku mati aku mahu dan setiap impian mereka itu dapat dibaca oleh mereka yang melalui di jalan tersebut.




Usaha beliau itu ternyata memberi respon yang baik daripada penduduk di situ. Setiap patah kata yang tercatit di atas dinding hitam menggunakan kapur memaparkan impian orang ramai yang semestinya tidak mustahil untuk direalisasikan di muka bumi ini.


Adanya dinding sebegini, suara setiap orang dapat diluahkan dengan lebih abstrak dan kadangkala menyentuh hati nurani setiap orang yang membacanya. Niat baik manusia yang punya impian contohnya "Sebelum saya mati, saya mahu menyelamatkan hidup orang lain" menunjukkan masih ramai orang yang baik hati di dunia ini.




Tuesday, March 1, 2011

Bercinta Dengan Buku: Tiga Kali Seminggu


Bulan lepas aku berjaya membeli lima buah buku. Empat buah buku Bahasa Inggeris dan satu buku Melayu karya penulis kegemaranku, Faisal Tehrani. Buku bertajuk Tiga Kali Seminggu ini merupakan buku keempat tulisan beliau yang aku baca selepas novel Manikam Kalbu, 1515 dan 1511H Kombat.


Sebelum aku ulas lebih panjang tentang buku Tiga Kali Seminggu, ingin aku kisahkan mengapa aku begitu menggemari karya Pemenang Hadiah Sastera ini. Cerpen pertama beliau yang aku baca dalam buku teks Sastera suatu masa dulu, Kerana Manisnya Epal merupakan rujukan utama ku untuk menyusun ayat-ayat indah dalam penulisan ku. Seterusnya buku 1515 yang aku pinjam dari perpustakaan UIA tambah menguatkan minat ku terhadap hasil karyanya. Watak srikandi Tun Nyemah Mulya dalam buku tersebut begitu mempengaruhi aku sehingga aku pernah mencari kebenaran sama ada watak tersebut wujud atau tidak semasa zaman Portugis menjajah Melaka. 1511H Kombat juga aku pinjam dari perpustakaan namun jalan ceritanya aku sedikit lupa. Novel Manikam Kalbu pula adalah novel pertama yang aku beli berkisar tentang sisipan sejarah asal-usul baju kurung dan pakaian tradisional Melayu.


Berbalik kepada buku Tiga Kali Seminggu, buku yang menghimpunkan 15 cerpen karya Faisal Tehrani ini baru diterbitkan tahun lepas namun nukilannya adalah kesinambungan hasil karya beliau dari zaman awal penulisan beliau hingga kini. Cerpen Tiga Kali Seminggu yang diangkat menjadi tajuk buku merupakan ocehan beliau tentang seorang ustaz bernama *Ustaz Agil* yang menjadi rebutan di sebuah kampung. Kisahnya bersangkutan pula dengan janda bernama *Zaheeda* yang kesunyian setelah diceraikan suami. Cerpen ini ditulis dengan niat memberikan kisah sensasi dalam bentuk hiburan kerana nama watak utama hampir mirip kisah seorang ustaz atau *celebriti* di negara ini yang akhirnya berkahwin dengan seorang penyanyi bertudung. (Rasanya semua orang sudah dapat menangkap siapa mereka.)

Sunday, February 27, 2011

Bestfriend Saya Dah Kahwin!



Tahun 2011 ni ramai sahabat aku yang akan melangsungkan perkahwinan. Bestnya orang lain murah rezeki nak kahwin, aku ni duit simpanan nak kahwin pun tak tahu tahun bila baru cukup. Huhu.

Perkahwinan sahabat aku tahun ni dirasmikan oleh bestfriend aku sejak zaman sekolah rendah, Suhaida. Lama dah aku kawan dengan dia, sejak kami Darjah 1 Delima kat SK Convent Bukit Nanas 1 (CBN). Seingat aku hanya masa darjah dua kami lain kelas, yang lainnya semua belajar di kelas yang sama.


Aku rapat dengan Suhaida atau Su sebab utamanya sebab dia banyak cakap. Haha. kalau sapa kata dia pendiam memang tak kenal diala. Tapi kami paling rapat sebab kami naik bas sekolah yang sama masa aku darjah 5 dan 6 kerana kebetulan rumah kami sama-sama di area Ampang ni. Pukul 6 pagi dah kena naik bas sekolah untuk ke sekolah bawah Menara KL tu.

Banyak sangat kenangan masa sekolah rendah yang kami kongsi bersama. Biasalah, budak-budak. Main batu seremban, main getah, main baling kasut, dan semua permainan yang budak sekolah perempuan akan main. Haha. Paling kelakar masa darjah 6 kami pernah ada satu group *Sailormoon* yang selalu study sama-sama habis kelas tambahan. (Sebenarnya banyak *study sing* daripada study group kot.) Dalam group ni Su jadi Sailor Mars, aku jadi Sailor Venus. Haha. Gile kanak-kanak masa tu.


*Sailor Venus & Sailor Mars yang masih bekerja. Mungkin yang lain dah bersara kot. Haha*

Friday, February 25, 2011

Muhasabah Cinta - edCoustic


Assalammualaikum dan Selamat Menyambut Hari Jumaat- Penghulu segala hari. Hari ni aku nak kongsi lagu yang menyentuh hati bertajuk Muhasabah Cinta, nyanyian edCoustic.



Tajuk Nasyid : Muhasabah Cinta
Artis : EdCoustic
Album : Sepotong Episode


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff:

Video klip ni adalah gabungan dua filem iaitu filem Syukur 21 dari Malaysia dan Ayat-ayat Cinta dari Indonesia. Dua-dua lagu ni memaparkan keinsafan manusia yang ketika ditimpa kesakitan mereka rasa *dekat* dengan Allah.

Kebetulan malam tadi aku demam dan selsema. Aku tidur tak ingat punya sebab hidung tak selesa. Dalam keadaan sakit tu aku memang ada mengeluh sikit, tapi aku muhasabah diri aku dan ingat, sakit yang Allah beri itu mungkin sebab Allah nak ampunkan dosaku.

Kita sebagai manusia, selalulah muhasabah diri kita. Jangan ingat kesakitan itu saja ujian, tapi kesenangan dan kesihatan kita juga sebenarnya adalah ujian buat kita. Allah tu nak uji, masa senang dan sihat, kita ingat kat DIA tak? Masa kita sihat, kita beribadat untuk dia ke tak? Jadi bila masa sihat tu, jangan lupa buat *amalan extra* untuk DIA, untung-untung DIA ampunkan dosa-dosa kita yang lepas sebab DIA Maha Pemurah, lagi Maha Mengampuni.

Marilah kita *Muhasabah Cinta* kita buat DIA juga. Baiki hati kita yang kadang-kadang alpa dengan kesenangan dunia ni. Cinta milikNYA tiada tandingan, ingat kepadaNYA tiada bandingan dan perlindunganNYA penuh dengan rasa kasihan. Semoga Allah s.w.t. ada dengan kita setiap masa. Insya-Allah.


Wednesday, February 23, 2011

Interior Design Promotion


Selepas kantoi kat bos pasal blog ni, jadi aku ambil kesempatan untuk *promote* company aku kat sini. Promosi ini diadakan dengan harapan kalau ada *client* berminat untuk buat dapur atau mana-mana bahagian rumah yang lain, nak renovate atau nak buat cabinet, anda boleh dapatkan khidmat AVL Living Concept sebagai *consultant* anda.


*Kiwi Green Dry Kitchen. Material- Glass door, Marble Counter Top & Laminate Finishes*

Aku sebenarnya bercadang nak buat blog khas untuk Interior Design. Tapi sekarang agak busy dengan project yang berturut-turut datang. Mungkin rezeki *orang nak kumpul duit nak kahwin* (ya, agak desperate nak cari duit. Hoho) atau rezeki *wanita mengandung* (wife bos aku.) Huhu. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang aku akan buat blog khas untuk benda ni, jadi taklah korang sakit mata tengok 3D aku kat sini. Kot.


*Wood Grain Wet Kitchen. Material- Melamine door & Solid Surface Top*

Oh, selain itu, aku juga menawarkan khidmat untuk belajar software macam 3Ds Max dan AutoCAD untuk *design students* around KL dan Selangor. Untuk satu software, insya-Allah satu hari korang dah boleh pick-up kalau aku ajar. Tak caya, tanya anak-anak murid aku di UIA. Hoho. (Harga boleh dirunding.)

Nak tahu lebih lanjut tentang company aku, sila klik website ni. AVL Living Concept.

Monday, February 21, 2011

Guna JARI Pun Boleh!



Woah! Guna jari pun boleh! Mari tepuk tangan untuk teknologi akan datang yang dirancang oleh pengedar kaca dan seramik - Corning.




Memang patut *tabik spring* kat Corning ni sebab berani mencipta aplikasi untuk teknologi akan datang menggunakan kaca. Apa yang lebih mengagumkan ialah mereka sebagai pengedar tidak hanya mengkaji fungsi kaca dan seramik malah mengkaji teknologi yang boleh diterbitkan menggunakan kaca seperti barangan elektronik, alat komunikasi dan peralatan rumah yang lain.


Kalaulah pada masa akan datang akan ada teknologi macam ni mesti hidup kita akan lebih mudah dan teratur. Barang-barang dalam rumah pun tak semak bila TV nak nipis, tempat masak tak perlu pakai gas dan frame gambar pun boleh gerak-gerak kat atas peti sejuk ya. Bila kat jalan raya ada pula papan tanda yang mempunyai info terkini (kat Malaysia dah ada, cuma dalam bentuk digital dan selalunya hanya beritahu jalan tutup. Ada latihan perarakan. Huhu) Manakala di tempat awam pula papan tanda petunjuk jalan yang guna jari je untuk tahu jalan dan lokasi pengangkutan awam yang ada kat sesebuah area ok. 

Cuma aku risau, kat Malaysia ni masyarakat boleh ke menghargai harta benda awam? Cuba check area rumah siapa telefon awam atau *public phone* yang masih berfungsi dengan baik? Try skodeng gak, ada tak papan tanda atau nama jalan yang masih baik tanpa contengan dan penampalan iklan *Along*? 

Apa-apa pun teknologi yang aku paling suka ialah displaying glass yang digunakan untuk presentation tu. Bestnya kalau bos aku ada satu, aku ada satu. Tak perlulah nak tunggu dia datang opis baru leh tunjuk design. Hehe.


P/s: Cakap pasal bos tadi kantoi dah kat dia pasal blog aku ni. Habis dia suruh buat blog untuk dia. Adoi..doi..doi...

A Lot Like ♥



Pukul berapa ni woi? Oh, mentang-mentang esok masuk kerja pukul 1 tengah hari. Malam ni dengan senang-lenang dan gumbira tahap ikan melompat, aku pergi layan movie. Haha. Aku baru download movie lama, tahun 2005 bertajuk *A Lot Like Love*. 

Sepanjang tengok cerita ni aku senyum je. Senyum. Sebab cerita dia sangat sweet! Suddenly I missed someone. Sebab cerita ni mengisahkan hubungan dua orang yang boleh dikatakan sebagai *kawan baik* dan *ada sedikit sayang* antara dua sahabat. Well, siapa kata perkataan *kawan* tak boleh berakhir dengan *kahwin*?

Cerita ni berkisar tentang dua orang yang terserempak kat lapangan terbang yang akhirnya menjadi kawan baik. Lepas tu mereka bertemu beberapa kali selang beberapa tahun dan setiap pertemuan meninggalkan *saat manis* buat mereka. Tapi sayangnya mereka ambil masa hampir 7 tahun baru dapat luahkan yang mereka suka antara satu sama lain. Aku tak nak review cerita ni panjang-panjang. Boleh baca kat sini. 

*Yup, Ashton Kutcher used to love older woman, so what?*

Apa yang sangat best ialah bila tengok relationship mereka yang tak terikat, lantas membuatkan mereka bebas untuk menjadi diri masing-masing. Aku sangat suka hubungan macam tu! Serius suka! Tiba-tiba aku rasa aku dapat jadi macam tu hanya dengan seorang. Namun dia dah takde kat muka bumi ni. =( 

It's really good to have a *guy best friend*. But it's also good if you can have your *guy* (husband of course) as best friend. I'm not saying that the guy with me now is not my best friend but I still think that he is more like *future husband* that shares many secret, story and love. But... Not sharing myself fully.

Ok. Tak tahu apa aku merapek malam ni. Saja share apa yang ada kat kepala otak. Oh, just a reminder, this is a personal blog. Haha. So, let me write what's on my mind and what I want to write ok. Bla bla bla... (Sila tidur!)


*Aku rindu kau. Betul. Tarikh semalam, 20 haribulan tahun lepas adalah tarikh kali terakhir kita jumpa. Aku masih terbayang bila kau ikut kereta aku dari belakang sampai depan rumah aku. Aku tak nampak itu petandanya. Semoga Allah s.w.t. jaga kau kat sana. Al-Fatihah. I'll pray for you. Always.*

Friday, February 18, 2011

Main-main Cat!


Tall Painting ialah hasil seni yang terbentuk melalui tumpahan cat dari atas medium yang tinggi. Cat pelbagai warna ini dituang di atas medium tersebut dan akan turun membentuk satu hasil seni yang sangat mengagumkan!




Wah! Bestnya kalau dapat buat *kerja seni* sambil bermain-main dengan medium warna macam ni. Dulu time study ada gakla aku main dengan warna *plaka* dan buat Mural di UIA. Sekarang ni nak sentuh cat pun dah jarang. Hoho.

Ada sesiapa nak sponsor cat? Nanti kita try main-main cat macam ni ok! ^_^



Source:

Memories
Sila CAT & WARNAKAN Bangunan Anda

Thursday, February 17, 2011

Nota: Persediaan Pelajar Sebelum Menjadi Pekerja



Setiap graduan atau pelajar yang sudah tamat belajar sememangnya tidak sabar-sabar untuk melangkah ke alam pekerjaan. Seterusnya bila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri sudah pasti kita mengimpikan kehidupan yang selesa, selain dapat menebus hutang pinjaman dan membalas jasa ibu bapa kita, betul tak? (Sila angguk.)

Aku terfikir nak tulis entri tentang Persediaan Pelajar Sebelum Menjadi Pekerja ni sebab aku nak kongsi pengalaman yang aku pernah lalui sebelum ini. Walaupun aku baru bekerja dekat 2 tahun, tapi aku rasa apa yang pernah aku alami akan terus berlarutan walaupun dikatakan *ekonomi negara* kini semakin pulih. Erk. 



Jadi buat bakal-bakal graduan, sila catat nota ini. Heh.



1. Kaji pasaran kerja
Sebelum graduasi, bila ada masa terluang, cuba search atau Google kat Internet market kerja untuk bidang korang. Daripada asyik main game kat PC, layan movie atau main Facebook, apa kata korang buka laman-laman web seperti Jobstreet,  Careerjet.com, Jawatan Kosong Kerajaan dan banyak lagi website cari kerja yang ada di Malaysia ni. (Surat khabar pun banyak ok.) Tujuannya supaya korang sudah ada target syarikat untuk bekerja atau korang tahu kehendak pasaran semasa sebaik korang bekerja nanti.


2. Ada Keputusan yang Baik
Kalau korang rasa pointer korang sekarang belum capai 3 pointer, berusahalah pada akhir semester untuk sampai 3 sekurang-kurangnya. Bukan apa, pointer tu juga menjadi 1st impression korang juga bila nak minta kerja nanti. Tapi kalau dapat 4 pointer jangan terlalu angkuh pula. Tak semestinya pointer korang tinggi, majikan akan terus ambil. Keputusan pelajaran mesti seimbang dengan perwatakan. Cuba jadi humble sikit walaupun dipuji. Korang ingat bos korang *ikhlas* ke puji? Heh.


3. Baiki Sikap
Kepada yang susah nak datang awal kelas, kena belajar jadi punctual. Kepada yang susah nak bekerja di bawah orang atau bekerja sebagai satu pasukan, sila turunkan ego anda. Kepada yang tak boleh terima arahan, sila belajar mendengar dan mematuhi arahan. Sikap atau attitude sangat penting bila kita mula bekerja. Tanpa sikap yang baik, kita takkan dapat bertahan lama dalam sesebuah syarikat itu dan kalau asyik tukar syarikat juga menandakan kita tak sesuai bekerja dengan orang! Nak jadi bos? Modal ada ke?