Tuesday, February 15, 2011

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya




Ini adalah kali pertama saya join contest blog. Saya memang susah nak join contest macam ni sebab bekerja sepenuh masa dan agak serabut dengan kerja sejak akhir-akhir ini. Huhu. Tapi demi Cik Sophie Al-Yahya yang baik hati dan selalu datang blog ini, kutunaikan juga kewajipan join contest Sophie.


Tarikh tutup contest Cik Sophie ialah pada 20 Februari 2011. Bermakna tinggal 5 hari je lagi. Maafkan saya Sophie kerana menangguhkan entri ini. (sebenarnya saja je, nak tengok entri pesaing-pesaing yang lain. Ewah..) Info lebih detail tentang contest ni, sila klik Blog Sophie ok.


Apa yang wonderful sangat pasal gambar ni? Oh, bukan sebab gambar ni diambil masa birthday saya hari tu. Bukan juga sebab encik yang ambil gambar ini wonderful orangnya. Tapi sebab dapat main layang-layang setelah berapa tahun tak main!

Apa yang tersirat di balik gambar ini ialah kegembiraan yang tak terkata sebab dapat buat benda yang kita dah lama tak buat dan kita tinggalkan pada zaman kanak-kanak. Bila main tu, kita dah tak peduli nak lari sana-sini, layang-layang tak tinggi (serius sini layang-layang semua terbang tinggi, sebab angin kuat dan nasib diri sendiri tak terbang. Haha. Bajet *ringan*) dan tak fikir dah mimik muka kita kat tengah-tengah padang tu rupa apa. Haha. Seronok dan *wonderful* nya jadi budak-budak sekejap.

Terus-terang masa main layang-layang kat Taman Metropolitan Kepong ni memang teringat sangat kat Sophie. Sebab? Sebab dalam entri Sophie - pasal layang-layang bernama Juliet Sophie kata tak pernah main layang-layang kan? So dalam entri ni juga saya menjemput Sophie bermain layang-layang dan *dating* dengan saya. Sudikah kamu? Please set the date, Ahad bila-bila. Sebab hari lain kerja. =( Kita pergi main layang-layang nak Sophie? (Tiada unsur membodek juri di sini. Just a friendly invitation. Huhu)


Jadi dengan berbesar hati saya tag mereka di bawah yang juga rajin datang blog ni. Terima kasih.


Salam Maulidur Rasul


Hari ini ialah hari Lahir Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya semua orang dah tahu tentang sejarah kelahiran Baginda s.a.w. dan kewafatan baginda yang berlaku pada tarikh yang sama iaitu 12 Rabiulawal. Baginda lahir pada Tahun Gajah manakala wafat pada 11 Hijrah bersamaan 632 Masihi pada usia 63 tahun. Bila baca kisah pemergian baginda memang sangat sedih, terutama bila membayangkan situasi sahabat-sahabat baginda yang berada bersama baginda ketika itu.

Bagi aku, persahabatan yang Nabi tinggalkan untuk sahabat-sahabat Baginda memang takkan dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Sahabat-sahabat rapat Nabi kebanyakannya semua dijamin menjadi ahli syurga.


Dari sahabat Abu Dzar r.a., bahawa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah r.a. dan bersabda:''Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?”
Aisyah menjawab :“Tentu, ya Rasulullah.”
Lalu Nabi SAW bersabda,”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu (Abu Bakar) masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk syurga dan kawannya Nuh; Uthman masuk surga dan kawannya adalah aku; Ali masuk surga dan kawannya adalah Yahya bin Zakaria; Thalhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud;  Azzubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk surga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.

Saturday, February 12, 2011

Hadiah Dari HATI


Baru-baru ni birthday aku ada juga orang tanya, aku dapat hadiah apa? Satu-satunya hadiah birthday yang boleh dikategorikan hadiah sebenar hanya daripada Shu Ni, officemate aku. Dia bagi aku *organizer* atau *planner* sebab aku ada cakap nak beli sempena tahun baru. Sebenarnya aku dah belipun. Tapi tak sangka hari pertama masuk kerja tengok-tengok ada hadiah atas meja. Jadi aku guna hadiah yang dia beri sebab planner yang dia bagi lebih sesuai digunakan untuk tahun 2011 ni. Thank you to her. ^_^

Aku rasa bila dah *berusia* ni soal hadiah dah tak penting sangat dah. Masa jadi student dulu bila birthday je pukul 12 tengah malam orang ketuk pintu bilik bagi hadiah. Balik kelas tengok-tengok atas meja orang letak kek dan hadiah. Memang heaven gile dapat kawan-kawan yang ingat birthday kita. Tapi sekarang bagi aku cukuplah orang wish dan mendoakan yang terbaik untuk kita. Doa itu juga hadiah kan?


Tapi untuk orang yang selalu dapat hadiah daripada seseorang yang istimewa, aku nak kongsi makna tersirat dan tersurat hadiah yang korang dapat tu. Makna hadiah yang kita dapat tu semestinya melambangkan identiti atau peribadi tak kira si pemberi atau penerima hadiah tersebut, kan? Kalau tak percaya cuba check kat bawah ni.

Bunga

Selalunya bunga ini sinonim diberikan kepada golongan perempuan. Tapi kesian golongan lelaki ni. Bila bagi bunga, orang panggil *mat bunga*. Tapi kalau perempuan tu yang nak sangat bunga (tak kira bunga ros, tulip, matahari, bunga jiran sebelah tanam, dan lain-lain) macam mana? Actually lelaki tu beri bunga sebab dia terlalu prihatin terhadap kehendak pasangannya. Satu lagi, bila lelaki bawa bunga jauh dari kedai bunga semata-mata nak bagi kat pasangannya nampak *gentleman* kan? Heh, itu juga tandanya dia amat hargai pasangannya.


Tapi kalau kita beri bunga kepada sahabat kita macam mana pula? Seeloknya kita beri bunga chrysanthemum yang memberitahu kawan kita bahawa dia adalah sahabat yang baik. Kalau beri bunga ros warna kuning pula menyatakan bahawa kita ambil berat tentangnya dan gembira bila bersahabat dengannya.


Thursday, February 10, 2011

Kerja.Duit.Rezeki & Dilema


Kerja
Aku pilih kerja ni sebab aku minat.
Aku kerja kat sini sebab bos *baik* kot.
Aku kerja kat sini sebab tak *stress* macam tempat kerja lama
Aku kerja sini nak cari rezeki, nak cari duit nak kahwin cepat..
Aku kerja sini sebab suka design rumah orang...

Duit
Takde duit tak boleh kahwin
Takde duit tak boleh bayar duit kereta
Takde duit tak boleh bayar hutang
Takde duit tak boleh beli rumah
Takde duit, tak boleh buat apa-apa...


Wednesday, February 9, 2011

Demi Masa: Mari Beli Jam!


Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Masa yang kita ada kadangkala tak pernah cukup. Duduk kat opis hari-hari 8 jam. Tapi bila kerja dah *urgent*, barulah sibuk kata masa tak cukup nak siap kerja! Astagfirullah. Maafkan saya. Tapi hari ni macam semangat nak bekerja kurang. Tengok masa di jam dinding lagi 2 jam setengah baru balik. Jadi sementara aku modelling 3D ni aku terfikir nak kongsi design jam untuk tatapan pembaca blog ni.


*Jam Matematik. Siapa yang lupa rumus boleh tengok sini.*


*CUT! - Kata Tuan Director. Dah berapa jam shooting hari ni? (Clapperboard Clock)*

*Jam Pelangi*

*Lunchbreak Clock!*

Software: Potong Lagu (Ringtones Creator)

Zaman sekarang susah nak jumpa orang yang takde telefon bimbit atau handphone. Even budak sekolah rendah pun dah ada Iphone atau Blackberry. Mak ai... Aku sendiri pun ada handphone bila masuk matrik (Nokia 3315). So bila ada handphone tu mesti setiap orang akan ada ringtone yang berbeza kan?

Jadi hari ni aku nak berkongsi satu Software untuk *potong lagu* atau untuk buat *ringtone* sendiri. Nama software ni Techlogg.com Toneshop. Nak download software ni, sila klik sini. Aku dah lama nak tukar ringtone aku sebenarnya sebab sekarang ni guna lagu Korea OST cerita apatah, lupa. Sejak akhir-akhir ni aku suka pula lagu *Itulah Sayang* nyanyian asal P.Ramlee (Tanya Sama Pokok) tapi diolah dalam versi moden nyanyian Yuna, Mira (Tilu), Najwa dan Liyana Fizi.

Ok, sekarang aku ajar macam mana nak guna software tu. Mula-mula setting format ringtone yang korang guna. Aku punya handphone guna format MP3, korang punya aku tak taula. Maklumlah, handphone aku cap Nokia biasa je. Bukan touch screen cam korang punya. Hihi.


Seterusnya, sila tekan butang *load* dan pilih lagu yang korang nak jadikan ringtone. Pilih lagu yang korang nak ambil bahagian tertentu seperti bahagian *korus* untuk dijadikan ringtone atau bahagian lain yang korang suka. Bukan apa, kadang-kadang kita bukan nak lagu penuh mahu dijadikan ringtone. Bunyi ringtone pendek-pendek dahla kan?

Monday, February 7, 2011

060211: Kisah Suatu Hari


Semalam 6 haribulan Februari genaplah usia aku 26 tahun. Alhamdulillah, Allah s.w.t. makbulkan doa aku untuk hidup sampai ke saat dan detik ini. Dulu macam tak pernah fikir akan jadi *setua* ini tapi kalau DIA dah bagi peluang hidup sampai sekarang, aku pun dah cukup bersyukur. Pada usia 26 aku dah ada kerjaya, dah ada harta sikit, masih ada family dan kawan-kawan dan masih single. Ohps! Single maksudnya masih belum berkahwin. Insya-Allah ada rezeki tahun depan. Amin~ (Doakan panjang umur!)

Nak cerita saat pukul 12.02 malam si dia sudah menelefon tanpa mahu menyanyi lagu apa-apa. Takpelah, dimaafkan. Cukuplah dia ingat (kot) dan temankan sepanjang siang hari semalam. ^_^ 
*Encik Peneman yang Baik*

Hadiah pertama yang aku dapat keesokan paginya ialah daripada *Maxis*. Terima kasih kerana potong line aku sampai takleh call out dan message sebab bil dah exceed limit! Aiyo. Aku dengan gelabahnya call Maxis Service Centre dan mengucapkan "Maaf mengganggu" sebab aku tak biasa call orang pagi-pagi lepas Subuh. Alhamdulillah dia dapat betulkan line aku sebab aku bayar pakai *Maybank2u* hari Jumaat hari tu. Nasib dia faham bila aku cakap cuti CNY Maxis Centre tutup, sebab tu aku terpaksa bayar last minute by online. Nasib baik gak line telefon ada, kalau tak aku nak dating telefon dua-dua takleh contact sebab share line. Huhu.

Pukul 9 pagi aku drive pergi Bandar Tasik Selatan untuk ambil Hafiz kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) memandangkan bas dia dari Melaka turun situ. Pastu kami gerak ke Tesco Ampang bersarapan pagi di Kluang Station. Pagi-pagi orang dah ramai sampai lambat sampai roti bakar aku. Huhu.

*Sorang muka bengang roti lambat sampai dan sorang lagi muka excited makan roti bakar kaya + butter!*

Sunday, February 6, 2011

Today In Facebook


*Penat aku buat profile Facebook susun-susun gambar ni. Tapi *allignment* gambar 
tak jadi. Haha. 
Anyway thanks kepada mereka di Facebook yang wish Birthday aku. Nanti aku list down. Setakat pagi ni dah lebih 25 orang wish. ^_^

Saturday, February 5, 2011

Dia. Sahabat. Terbaik.


Aku jarang bercerita pasal dia dalam blog aku ni. Aku pun tak tahu kenapa. Hafiz pun pelik sebab aku jarang bercerita tentang dia dalam blog aku. Padahal dia antara sahabat yang paling lama tahan bersahabat dengan aku yang banyak kerenah ni. Huhu.

Aku tak ingat macam mana aku boleh rapat sangat dengan dia. Dia satu sekolah menengah dengan aku kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, kami tak pernah berada dalam satu kelas tapi pernah duduk satu dorm setengah tahun masa tingkatan lima. Aku tak ingat dorm berapa, tapi aku masih takkan lupa tarikh kami berpisah dorm. 1hb Mei 2002. Macam hampeh sebab adik dorm kami mengadu kat warden kena buli (buli suruh susun kasut je ok). Sebab dia, habis satu asrama kena rombak! 

Friday, February 4, 2011

Menulis Dari Hati


Menulis itu satu cabang seni yang senyap tapi bernyawa..
Menulis  itu satu kepuasan yang kental daripada keinginan yang menebal..
Menulis  itu satu kondisi yang kadangkala mahu diri diingati daripada karya dihargai...
Menulis  itu satu pisau yang tajam, yang membuatkan suara hati menyakiti yang lain, atau disakiti tanpa disenangi..
Menulis  itu satu realiti yang terjadi atau satu mimpi yang tercipta sendiri...
Menulis  itu satu ilmu yang diekspresikan dalam baris tulisan yang indah lagi bermadah...
Menulis  itu satu perkongsian yang mengiyakan atau menidakkan satu kebenaran...
Menulis  itu satu pencapaian yang tak terjangkal akal yang dangkal dan akal yang bijak melawan sengal..
Menulis  itu satu kesaktian daripada jari-jemari yang pantas menulis baris ayat dan bait kata yang diyakini asli atau mencuri hasil orang lain...
Menulis  itu satu kerinduan untuk menciptakan kegembiraan atau kesedihan untuk si pembaca yang mahu berfikir terus daripada otak dan menilai lurus daripada hati...
Menulislah dan berkongsilah...
Kerana Menulis  itu satu keistimewaan dalam diri yang asli, yang unik lagi yang dikurnia oleh DIA Ilahi...


Wednesday, February 2, 2011

ANGKA Dan Karektor Anda


Hari ni tarikh cantik 2.2.2011. Heh. Tapi tak tahulah pada tarikh yang cantik macam ni ada tak orang kahwin. Maklumlah, manusia ni kadang-kadang agak taksub dengan angka atau nombor. Kalau orang Cina paling suka nombor 8 sebab nombor 8 membawa erti kekayaan dan tuah. Tapi ramai juga orang suka kahwin pada tarikh cantik macam 9.9.2009. Tahun lepas pun ada je kawan aku kahwin pada 10.10.2010. Huhu. Macam-macam kan?

Jadi kat sini aku nak kongsi sikit kaitan angka dan lambang karektor seseorang itu. Aku sendiri tak pasti nak kata angka ni berdasarkan tarikh lahir seseorang itu atau angka kegemaran masing-masing. Benda ni aku salin daripada sebuah majalah pada tahun 2004. (Lama dah aku salin dalam *Kitab Ros* aku. Sekarang baru nak tulis balik kat sini)

SATU

  • Berdikari, motivasi, bekerja keras dan bercita-cita tinggi untuk menjadi juara
  • Suka kritik diri sendiri dan orang lain jika tidak puas hati terhadap orang tersebut

DUA
  • Inginkan kedamaian dan sentiasa menjadi orang tengah bila berlaku perbalahan
  • Suka bermuka-muka

Februari: Bulan Kasih Sayang


Bulan Februari ialah bulan *kasih sayang* buat aku. Bukan sebab *Valentine's Day* yang haram aku tak sambut tu. Tapi sebab ramai orang yang aku sayang lahir pada bulan Februari ni. 

Mak aku lahir pada 14 Februari, adik aku yang belajar di Jepun pula pada 13 haribulan. Kebetulan bakal bapa mertua bapa Hafiz 15 haribulan jadi kira bulan kasih sayang jugalah untuk cik abang aku tu kan. Hihi. (Pesanan supaya dia ingat birthday ayah sendiri!) 

Birthday mak aku nanti insya-Allah kami 6 orang adik-beradik akan celebrate birthday kat mana-mana. Selalu setiap tahun macam ni, sambut birthday mak dan hari ibu. Tahun lepas kami bagi mak handphone dan tahun ni mungkin nak bagi benda yang berkaitan dengan dapur. (Rahsia dulu. Nanti dah bagi aku upload gambar k. *wink*.) Dulu ada gak sambut birthday setiap orang, tapi bila semua dah *tua bangka*, dah jarang dah. Wish birthday cukuplah. ^_^


Bulan Februari juga merupakan birthday kawan-kawan baik aku. Antaranya ialah kawan super duper rapat iaitu Nurul Aina Mohd Razali. Patut nak celebrate birthday dengan dia pada 5 Februari ni. Tapi dia cam busy bulan ni. Takpelah, hari tu aku dah belanja dia coklat Cosway, at least dia anggap tu hadiah birthday dialah kan? Hihi. Gile kedekut aku ni. =P

13 Februari juga ialah birthday kawan baik, ex-dormmate, ex-classmate aku masa kat sekolah dulu, Cik Farhana Mastura @ Paan. Beliau baru mengikat tali pertunangan Sabtu lepas. Sedih tak dapat pergi sebab aku kerja. Huhu. Dahla hari tu semangat nak gi bercuti dengan dia tak dapat sebab bos tak bagi cuti. Ni raya Cina pula aku sibuk nak jumpa kawan sana-sini dan shopping habiskan duit bonus. (Haha. Iyolah tu! Aku pun lupa aku beli apo. Huhu.)

Seorang lagi kawan baik ialah Aimi Alwani (14 Februari gak birthday dia) yang baru selamat dapat baby baru-baru ni. Lama gak tak jumpa dia. Last masa dia kahwin tahun 2008 tak silap. Hoho. Apa-apa pun kami masih berhubung melalui Facebook dan tepon. (Oh, sangat comel Haziq baby Aimi ni! Macam nak cubit pipi)

Ok. Apa aku bebel ni pun aku tak tahu. Sempena hari lahir orang-orang tersayang ni, aku tujukan lagu kat bawah ni untuk mereka yang menyambut hari ulang tahun pada bulan *kasih sayang* ni. Heh.



*Selamat Ulang Tahun Sayang- Imran Ajmain*

Lagu ini juga ditujukan untuk diri sendiri. Sebab ulang tahun saya juga Februari ini. ^_^


Monday, January 31, 2011

Tips *Google* Menggunakan *Google*



Masa aku jadi student dulu benda yang boleh dikatakan hari-hari aku buat ialah research atau mencari maklumat di Internet. Zaman aku dulu takde Internet Wifi lagi kat bilik. Jadi tempat favourite aku mestilah Lab Komputer free kat KAED (Kulliyyah of Architecture & Environmental Design) atau kalau aku kaya sikit, aku pergi CC. Huhu.

Aku bukanlah nak kata aku ni rajin sangat buat research. But as design student, every design must have some issue and backup information that can link with the design itself. (Speaking jap) Bermakna, ingat main design taram cakap konsep design ni ialah ayam, tiba-tiba rupanya nampak macam ikan, tak ke susah orang nak faham?  (Hihi. Apa kaitan aku pun tak tahu)

Aku rasa semua orang akan buat research juga kalau korang pernah jadi *best student*. Haha. Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak enjin carian, enjin carian atau search engine favourite aku ialah Google. Korang tau apa makna Google ni? Klik sini. Nak tahu sejarah atau salasilah GoogleKlik sini.


Disebabkan selalu sangat buat research guna Google, kat sini aku kongsi rahsia atau tips-tips terbesar aku menggunakan enjin Carian Google ni. Cara-cara yang aku gunakan ni akan memudahkan korang search benda kat Internet dengan skop yang lebih cepat dan mudah. Korang kira orang bertuah sebab aku jarang share rahsia ni kat orang tau. Bukan kedekut ilmu tapi orang tak tanya. Siapa suruh? ^_^

Tips 1: Menggunakan simbol + diantara setiap kata kunci
Tips ni aku belajar daripada seorang studiomate aku, Ider. Dia pun belajar daripada seorang lecturer part-time yang ajar dia Flash dan Multimedia. Aku tak join kelas tu, jadi aku tak kenal lecturer tu. Ok, cara nak search dia macam dalam gambar ni.


Maksudnya bila kita nak cari maklumat tu, kita Google menggunakan *kata kunci* utama untuk maklumat penting yang kita mahu cari. Tanda + pula digunakan di antara kata kunci utama itu dan Google akan cari laman Web yang berkaitan dengan kata kunci tu saja untuk kita. Jadi daripada kita mengarut panjang-panjang taip:

Bagaimanakah tips membuat blog menjadi laju? Seeloknya gunakanlah kata kunci yang lebih mudah dan Google dengan mudah juga akan membantu mencari website untuk soalan anda itu.

Saturday, January 29, 2011

Korban Bahagia


"KEBAHAGIAAN sebenar dalam perhubungan ialah bila salah seorang sanggup BERKORBAN demi kebahagiaan seorang lagi."

(AMARAN: Jangan baca entri ini jika anda tak tahan jiwang orang lain!)


Baru-baru ni, aku minta 3 perkara berbeza daripada dia. Pertama, tolong bagi aku datang Melaka. Aku nak tengok Showhouse company dia bina. Ada lapan banglo dalam design berbeza. Teruja aku nak tengok. Tapi dia tak benarkan aku pergi. Katanya risau aku naik bas express. Dia lagi rela dan mahu aku selamat kat KL ni. =(


Permintaan kedua ni memang *mengada-ngada*. Aku minta dia delete someone yang aku tak suka kat Facebook dia. Dia tak nak. Dia kata, orang tu tak kacau kami pun. Tapi aku memang tak suka tengok muka orang tu. Mana taknya, setiap kali buka Facebook dia, nampak muka orang tu kat Friendlist dia. Facebook ni tak reti alihkan muka orang tu ke? Aku hampir nak tolong delete. Dia tak bagi. =(

Ketiga, permintaan yang hampir sama macam tahun lepas. Aku minta dia pergi beli baju warna purple dan pakai masa birthday aku. ^_^. Itupun dia tak mahu. Aku siap offer nak bagi duit pergi beli sendiri. Dia tetap tak nak dan kata tak mahu guna duit aku. Ni pun birthday aku, tak tahulah dia dapat datang KL atau tak, sambut dengan aku. =(

Jadi 3 permintaan berturut-turut dia tak mampu nak tunaikan. Sedihkan? Perempuan ni memang. Emosi akan berlebihan bila apa yang nak tu tak dapat, terutama daripada orang tersayang. Beberapa hari lepas aku suruh dia balik awal kerja pada waktu malam. Dia balik lambat gak. Sudahnya aku dengan suara yang mengantuk jawab telefon pukul 1 pagi! Ish ish...


Thursday, January 27, 2011

Living Room & Bar

Beberapa hari yang lepas sibuk buat 3D untuk client ni. Selain Living Room, kena buat Kitchen dan Dining gak. (Takmo tunjuk sini seba tak berapa cantik. Haha. As if, yang aku tunjuk ni cantiklah kan.)


Sekarang ni buat 3D design, aku dah mula *think out of the box*. Takmo terlalu rigid sangat. Sebelum mula design, aku cari idea daripada majalah-majalah tengok design terbaru. *Cuit-cuit* idea sikit, then baru design.  Bos pun dah pening kepala tengok dan berkata - "what are you doing?" Sebab dia pening, camna nak construct benda camni. Haha. Padan muka bos. Aku buat benda camni, kalau client proceed, dia gak yang untung. Kot.


Minggu ni banyak benda nak rushing. Sebab minggu depan cuti seminggu! Hoyeah! Tak sabar nak tunggu *sampul merah* daripada bos. (Tahun lepas dapat angpow RM50. Tahun ni berapalah ye?) Hamper Chinese New Year pulak kitorang awal-awal dah makan. Hihi.


Eh, termelalut pulak! Pasal 3D ni, sesiapa nak bagi komen bernas, silalah komen k. Thank You. Tata.

p/s: Anyway, this is a Chinese client's house. So, jangan tanya lebih-lebih kenapa saya design *bar*. ^_^