Thursday, December 30, 2010

KETAWA


"Sebuah KETAWA riang dapat menghilangkan kekhuatiran, kebimbangan, keraguan dan menghapuskan tekanan hidup pada zaman moden yang kuat."
(Orison S. Marden)


"Hanya *makhluk* saja yang dianugerahkan dengan kebolehan untuk KETAWA."
(Greville)

Permainan Hebat! Pemain Mantap! Tahniah Skuad Harimau Malaya!


Tahniah MALAYSIA! Tahniah Skuad Harimau Malaya yang main sangat best masa perlawanan pertama Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil hari tu. Masa lawan di Stadium Gelora Bung Karno  ni pun main bagus juga. Bukan senang tuh, nak menang di tempat lawan. Kena kuat kedua-dua mental (penyokong Indonesia tersangat ramai. Siap suruh pelakon sinetron yang cun-cun jadi penyokong. Luna Maya ada? Erk?) dan Fizikal- Keadaan padang yang licin buat pemain banyak kali nak tergelincir dan penyerang-penyerang Indonesia seorang demi seorang nak score gol. Tapi Malaysia bolos dulu! Huhu.


Aku paling suka perlawanan pertama hari tu sebab Malaysia berpeluang untuk menyerang dan gol-gol daripada Safee Sali dan Ashari memang *world class* punya gol. Norshahrul Idlan Talaha dengan inai merah masih di jari (baru kahwin ok) punya taktik kawal bola dari hujung padang memang superb la. Dia ni macam perancang gol ala-ala Ryan Giggs yang selalu tolong orang score gol daripada diri sendiri dapat nama.

Wednesday, December 29, 2010

Dua Hati Jadi Satu: Perkahwinan Huda & Adlan

*Pic kredit to Izzati*

Dua hati jadi satu. Dua hati diikat dengan satu lafaz. Dua hati akan duduk dalam satu rumah. Auwww.. Ayat *satu rumah* tu sangat seronok ye. Haha. (Jangan marah Huda & Alan!)

Beberapa hari yang lepas aku agak sibuk dengan projek rumah *orang kaya* yang aku baru kutuk kaw2 kat Facebook hari ni. Ambik kau, 8 orang *likes* dan 15 komen. Haha. Gile emosi aku ni. Tapi itulah, selama beberapa hari dalam minggu yang lepas aku jadi separa hati nak buat design dia. Alih-alih hari ni... Erm..

Sorry lari tajuk. Padahal nak cerita *kesibukan* kedua aku sepanjang minggu lepas. Mula-mula hari Sabtu, aku pergi ke rumah pengantin perempuan bernama Huda tolong-tolong sediakan doorgift untuk wedding hari Ahad di UIA. Aku sampai pun dah nak dekat pukul 4 sebab pergi cari hadiah dulu kat Mid Valley yang *senang* cari parking tu kan.

*Aku tolong bungkus gula2 dan potong riben kat kotak tu je ok. Haha*

Tuesday, December 28, 2010

Anti Orang KAYA kerana...

Aku bukan *anti-orang kaya*. 
Cuma aku *anti-orang-kaya-Melayu-yg sombong lagi bongkak-lagi angkuh-lagi pandang rendah kerja orang lain*. 
Paling aku anti, *orang-kaya-lupa rezeki-datang-daripada
----------------------------------> ALLAH S.W.T.*

Friday, December 24, 2010

Lagu Sampai Ke Hati! (Devotees- Tika Dinihari)


Tika Dinihari

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan 
Usah bebankan kami 
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan 
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Ini antara lagu nasyid *favourite* aku terutama masa drive waktu Maghrib balik kerja. Apa yang aku suka pasal lagu ni, setiap liriknya adalah *DOA* kepada ALLAH S.W.T. Kita sebagai hambaNYA kena selalu berdoa kepadaNYA dalam setiap perkara yang kita mahu lakukan. Doa balik simple, Bismillahirrahmannirrahim. (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) Dengan berzikir juga, kita berdoa dan dalam masa yang sama, kita ingat kepada DIA, yang terlalu banyak tolong kita.

Aku kalau dengar lagu ni memang tangkap *syahdu* gak. Lagi-lagi kat bait-bait lirik ni:

"Tuhan.Jangan Pikulkan Kami yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan.Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami."

Sebabnya kadang-kadang kita tak ingat salah dan silap yang kita lakukan. Kita sering alpa dengan rahmatNYA ke atas kita. Asyik kerja sepanjang hari, berapa jam kita beri untuk jumpa DIA? Berapa jam kita habiskan masa untuk berbual denganNYA? Sekurang-kurangnya masa dengar lagu-lagu nasyid ni, kita muhasabah diri, ingat balik salah silap yang kita lakukan. 

Sebab tu aku suka dengar lagu nasyid yang sentuh sampai ke hati macam lagu ni. Aku harap korang suka gak dengar. Huhu. Selamat Hari Jumaat!

Thursday, December 23, 2010

Beza Orang Kaya & Orang Kurang Berkemampuan

Entry hari ni tak nak panjang-panjang. Cukuplah aku nak beritahu. Aku baru balik site di *Sunway South Quay*. Rumahnya besar-besar. AV Room  dia je saiz bilik aku kat UIA yang boleh muat 4 orang. Huhu.

Rumah yang ada swimming pool, lift (takleh blah part ni) dan 5 bilik tidur tu memang sangat cantik. Penat aku *measure* site tu satu hari ni. Belum kira ambil gambar satu rumah lagi. (Tengok gambar lain klik sini.)



Apa yang aku tak faham, walaupun rumah ni dah *besar tahap gaban lawan satria baja hitam*, tuan rumah ni masih nak *extend* atau tambah beberapa bahagian rumah. Hello, rumah ni dah harga 9 juta ok. Banyaknya duit dia! (Mungkin Allah murahkan rezeki dia. Maafkan aku kalau ada nada *dengki* di sini. Huhu).

Namun, sekembalinya aku ke ofis. Officemate aku, Shu Ni kata tadi ada client yang tinggal di apartment depan ofis ni datang. Dia nak buat kitchen. Bila diberitahu harga dapur dia RM2 ribu lebih, terus dia tekan-tekan kalkulator. Kira bajet. Mungkin.

Jadi nampak tak apa bezanya dua orang ni? Kalau nampak alhamdulillah. Tak nampak, sila nilai sendiri.

P/S: Kenyataan yang aku nak beritahu, ada sesetengah orang kaya sangat susah nak keluar duit bila sampai masa untuk minta payment. Tapi orang yang serba kekurangan, akan datang bayar secara ansuran semata-mata nak ada sebuah dapur di rumah. Jadi, mana lebih bagus?




Tuesday, December 21, 2010

Mandi Gaya ORANG KAYA


Mandi gaya orang kaya bukan bermakna mandi dengan *duit-duit* bertaburan kat bath up. Maksud aku sebenarnya, mandi dengan persekitaran yang selesa, tenang dan bersih. Orang kata, kalau nak tahu rumah tu *bersih* atau tak, tempat pertama patut tengok ialah bilik airnya. 



Sebagai designer, adalah juga beberapa kali aku kena design bilik air untuk client. Bilik air yang baik ialah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik iaitu dengan mempunyai tingkap untuk menghantar *bau* atau udara yang tak elok dicium lama-lama. (Haha, faham-fahamlah ya.) 


Sunday, December 19, 2010

Married in COLOURs

Married in WHITE, you have chosen all right.


Married in GREY, you will go far away.

Married in RED, you will wish yourself DEAD!

PENONTON Yang Terlebih EMOSI

Hello? Ni tengok movie sampai menangis-nangis ni kenapa? Malu je kalau orang tengok! Takmo takmo. Tapi kalau cerita dia dah sedih sangat siapa boleh tahan? Siapa suruh layan cerita Korea ni? Uiks.


Semalam tiba-tiba aku rasa nak menonton cerita Korea. Puas aku search kat Internet mana-mana cerita Korea yang boleh ditonton free online. (Kantoi dah lama tak beli CD original ni.) Lepas dua cerita Korea intro aku layan tak best, aku pergi kat MySoju.com (tempat peminat cerita Korea tegar macam aku selalu tengok movie atau drama) aku jumpalah cerita bertajuk *Humming* ni. 

Saturday, December 18, 2010

Friday, December 17, 2010

Kerusi untuk *Mengintai* Di tepi Jendela


Baca tajuk kat atas ni mesti orang *suka* je nak baca blog aku ni. Haha. Hello, blog ni bukan nak ajar orang *mengintai* atau mengendap ok. Kalau nak ajar *skudeng* takkan aku nak ajar kat sini kot. Haha. (Ayat nakal!) 

Baru-baru ni aku aku kena design Window Seating atau dalam bahasa Melayunya, *Kerusi di tepi Jendela* atau tingkap! Aku saja tambah perkataan *mengintai* tu bagi orang faham apa fungsinya. Haha. Gurau je. Actually window seating ini juga berfungsi untuk tempat melepak atau berehat sambil membaca buku atau minum kopi. Tempat duduk begini boleh juga dijadikan ruang untuk berbual-bual dengan kawan sambil bermesyuarat tingkap atau  bermuhasabah diri.

Wednesday, December 15, 2010

Resume Orang *SENI*


Beberapa hari yang lepas, aku tiba-tiba rasa nak *update* resume aku sebab nak cuba kerjaya baru. Kerjaya apa? Adalah, malu nak cakap. Tapi bukan nak berhenti kerja tau. Huhu. Dalam sibuk-sibuk nak memperbaharui resume aku, aku buat research dulu sebelum terus buat resume. Tak mahulah resume aku diadili dengan taraf *Fresh Grad* lagi. Haha. (Padahal baru kerja berapa lama. Gedik!)

Untuk pengetahuan semua, resume *orang seni* atau *designer* seeloknya kena ada *ciri-ciri* designer gak. Tak boleh dalam kertas A4 kosong, letak gambar pasport pastu guna font biasa dalam Microsoft Words. Kalau mereka buat macam tu, kira memang *rezeki* merekalah diterima kerja. Tapi kalau tak dapat-dapat kerja sampai sekarang tu, mari sini aku tolong bagi contoh-contoh *Designer's Resume * atau *Curriculum Vitae (CV)* yang aku search daripada Internet.


Ok, resume pertama yang aku bagi contoh ni, adalah resume yang boleh dikatakan *simple, clean and compact* sebab semua info dia tulis cukup-cukup nak beritahu info basic pasal diri sendiri. Aku rasa resume ni paling cepat nak buat, sebab tak payah serabut nak fikir pasal warna, susun letak info dan design. 3 jenis font adalah maximum untuk sebuah resume atau mana-mana design yang nak dibuat. (Flyers, Website, Presentation, Card, etc). Kombinasi warna pula cuba jangan melebihi 3 warna bila nak buat design. Hitam dan putih bukan warna, tapi *tona* jadi tambahkan dua tona ni dalam design supaya nampak *neutral* dan sekata. (Macam tips *make-up* pulak aku bagi ye. Huhu)

Tuesday, December 14, 2010

SAINGAN Terbaru Gadis MELAYU


Al-kisahnya tiba-tiba semalam seorang *Peminat* blog aku ni, (Peminatlah sangat!) atau Nadiah a.k.a adik BFF aku, Wawa bagi aku *assignment* baru. Tak tahulah kenapa dia bagi aku *task* macam ni, mungkin sebab dia jeles aku dah lama tak kena buat assignment kot? Huhu. Gurau je. Apa-apa pun, terima kasih kepada Nadiah kerana mahu tahu *pendapat* aku tentang isu yang telah dibangkitkan dalam surat khabar Harian Metro semalam. (Mungkin lepas ni kita tanya *Encik Hamid Karim-bekas Wartawan Metro* pula bagi pandangan dalam blognya, ok tak?) Hihi.

Tajuk artikel tersebut ialah *Belum Tercemar*. Sesiapa yang belum baca silalah klik di sini. Buat gadis dan wanita Melayu, diharap bertenang tatkala membacanya, ok? ^_^


Jadi selepas membaca dan meneliti gambar di atas, aku nak tanyalah sikit perasaan gadis dan wanita Melayu sekalian. Apa perasaan anda setelah membaca artikel tersebut?

A. Tak puas hati! (Ingat gadis Melayu tak cantik ke?)
B. Tak kesah. (Eleh, kitorang pun boleh cari *lelaki Maghribi* atau *lelaki Arab*. Ala-ala *Maher Zain* lagi.)
C. Tak percaya. (Ha, betul ke *belum tercemar*? Betul ke *pandai menari*. Kena praktis ni!)
D. Lain-lain *Tak*.


Saturday, December 11, 2010

Aku Tak Bodoh The Movie Vs Aku Yang Bijak Di Sekolah


Hui! (Awat ganas intro ni?) Ayat awal jadi macam tu sebab dah berapa hari rancang nak komen pasal movie Aku Tak Bodoh ni. Excited sebab cerita ni ditonton dengan si dia, yang *paksa* (bukan pujuk ok) tengok cerita ni walau ada berlambak movie best kat wayang sekarang. Harry Potter tak tengok lagi (walau novel dia dah khatam baca), Rapunzel macam comel nak tengok dan Skyline, Unstoppable, Narnia? Oh, akhir sekali terpaksa tengok Filem Melayu. Cet, tak semangat 1 Malaysia langsung! =P 



Tapikan, tak boleh nak kata cerita ni 100 % buatan Malaysia sebab ramai orang tahu, cerita ni diadaptasi daripada filem Singapura bertajuk 'I Not Stupid Too'. tapi jalan cerita agak lain sebab aku tanya gak ofismate aku yang tengok versi Singapura, banyak scene yang lain daripada filem asal. So, takleh juga nak kata filem ni *ciplak* ok.

Aku malas nak bagi sinopsis, nak tahu, baca sendiri kat Website dia k. Klik sini. (Tolong jangan baca sinopsis Bahasa Melayu yang ayatnya kelam-kabut. Aku baru perasan, tak faham langsung apa dia tulis! Aish.)

Friday, December 10, 2010

Apabila CINTA ini hendak kuberi...


Apabila CINTA ini hendak kuberi... 
Kepada seorang lelaki bergelar SUAMI...

1. Punya Pengalaman AGAMA Yang Kuat
Ukuranku, dia menjaga solat fardhunya, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan. Aku utamakan pemuda yang kuat pengalaman agamanya demi sunnah Rasulullah s.a.w. kerana Baginda menerima pinangan Saidina Ali, seorang pemuda yang paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami Fatimah Az-Zahrah.


2. Akhlaknya AKHLAK Terbaik
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. rasa hormatnya kepada orang tua ketara. Dia suka menolong orang, pemurah, jujur, ramah mesra dan penyayang.

Long-Last-Childhood-Friendship


Macam kelakar, bila mengingatkan zaman kanak-kanak yang banyak main-main, banyak gaduh-gaduh, (sekarang pun ada sikit. Hihi) banyak berangan, banyak ketawa, banyak menangis dan banyak buat hal. Macam kelakar juga, ada perkara yang kita nak ingat pasal zaman kita kanak-kanak dan ada yang kita tak nak ingat langsung, sebab perkara-perkara tu agak memalukan. Hihi.

Terus-terang, tanpa berlindung dan bersembunyi, aku paling mengelak kalau ada *jiran-jiran* aku tahu aku punya Facebook. Haha. (Ini sedikit *poyo* namo eh.) Sebabnya, masa kecik aku banyak nangis, selalu kena buli, hitam, pendek dan banyak lagi. Kalau jiran-jiran aku tau Facebook aku ni, habislah, diorang cerita kat mak ayah diorang, "Anak *cikgu* tu, (sebab mak saya ialah cikgu berpuluh-puluh tahun, semua orang panggil gelaran tu) sekarang dah kerja.... Tinggal... Boyfriend... Amboi mak ai, gosip pasal akulah pulak kang! Tu yang aku malas tu. Huhu.

Tiba-tiba *Cik Faradilla Elinda Ghazali*  (saja highlight guna *pink*, sebab dia suka pink. Hihi) ni terjumpalah pulak Facebook aku. Dia add dan aku approved tanpa berfikir panjang. Sebab? Dia memang kawan rapat aku masa aku kecil, banyak share rahsia *bas sekolah* dengan aku dan masih ingat hal-hal zaman kanak-kanak (yang memalukan tu, mungkin?) yang kami pernah lalui bersama. ^_^

Thursday, December 9, 2010

Bosan

Teruknya aku!
Dah berapa hari tak update kot. Sibuk sangat kot? Malas sangat kot?
Banyaknya kot.

Ok.Cerita macam biasa,aku kat opis sorang-sorang ni. Sejuk! Padahal kat luar tak hujan pun. Officemate aku sorang pergi *kutip hutang* jumpa client (Minta payment). Sorang lagi dah selamat pergi *beribadah* keluar 40 hari cuti. (No Comment) Manakala bos masih di *site* atau Showhouse yang tak tahu bila nak siap sepenuhnya.

Aku? Pagi tadi dah buat Quotation untuk kitchen rumah kat *Sering Ukay*. Apakah nama tempat ni? Aku first time dengar confuse, Seri ke, sri ke? Last namanya Sering Ukay. Aku pun tak pernah pergi site ni. Tapi client aku ni pernah gakla datang ofis ni. Masuk semalam, dah 3 kali aku tukar design dia. Nak tengok?



Design 1st yang direject sebab warna biru. Biasalah, kadang-kadang warna pun memainkan peranan penting untuk meng*ampu* client. Huhu.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

DOA AKHIR TAHUN
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN


Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAHrahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

Saturday, December 4, 2010

Janji Temu

*Maaf! Gambar entry awal-awal dah 'jiwang'. Erk*

Oh, skemanya tajuk di atas! Sebab nak tulis perkataan *dating* macam *obvious* sangatlah keterujaan, kegembiraan, ketidak-sabaran dan keloncatan untuk bertemu seseorang pada esok hari. (Sila jangan guna bahasa *ke-an* ini untuk karangan Bahasa Melayu anda. Fail nanti, bukan aku dapat tolong ok.)

Tapi kat sini bukan nak cerita pasal *janji temu* yang akan berlangsung esok ok. Cuma nak kongsi, info yang aku dapat bila *godak-godak* Internet ni masa cari idea nak buat apa untuk date esok. Serius buntu nak pergi mana. Dah dua bulan lebih tak jumpa ni. Last kami pergi melawat *Masjid Besi* atau Masjid Sultan Mizan kat Putrajaya. Jangan salah faham, kami melawat Masjid bukan sekadar melawat Rumah Allah itu untuk beribadat, tapi kami sebagai ahli dalam bidang *pembinaan* atau construction ni ambil peluang untuk bertemu sambil belajar tentang design masjid itu sendiri. Nak tunjuk bukti? 

*Masterpiece Encik Hafizsham ku*

Ok. Sekarang dah percaya (kot) kami pergi ada sebab tersendiri. Huhu. Mak pun dah pesan esok nak keluar, pergi tempat ramai-ramai orang. Jangan balik malam-malam. Kami pun kena sama-sama *sedar diri* esoknya Isnin kena kerja. Jadi Ahad kalau nak jumpa mungkin sampai petang saja. Huhu.

Masih buntu dengan idea nak janji temu di mana? Cadangan-cadangan yang di beri oleh Jeffrey Strain ni agak menarik untuk diikut. Aku tak ambil semuala kot. Panjang sangat. Kalau nak pergi klik sini ok. Inexpensive Dating Ideas. Tapi bagi aku idea dia agak menarik sebab dia *highlight* bahawa janji temu tak semestinya perlu menelan belanja yang mahal. Kadang-kadang janji temu yang lari konsep sedikit daripada janji temu biasa (Tengok wayang, jalan-jalan di taman, makan di restoran eksklusif, dll.) boleh menjadikan janji temu itu yang menyeronokkan, menarik dan sukar untuk dilupakan.

*Alamak, jiwang lagi! Tapi sukala imej 'gif' yang kelip-kelip ni*

Cadangan 1: Melihat Keindahan Alam
Ada orang suka bersiar-siar di taman, berjalan-jalan di pantai dan pergi ke sungai atau mandi-manda di air terjun. Tapi kalau nak pergi ke kawasan macam ni, janganlah cari *port* yang sunyi ok. Bagi aku idea ni ok, tapi jangan pergi ke tempat yang orang biasa pergi. Satu tempat yang aku cadangkan ialah di Taman Botanikal Melaka. Aku pernah pergi sini, jalan-jalan masuk dalam hutan (tengok-tengok nama pokok) dan tiba-tiba ada *perpustakaan* atau Perkampungan Buku pula kat dalam tu. Aku mengaku aku ni *ulat buku*. Tapi memang seronok bila dapat membaca sambil merehatkan mata, memandang alam sekeliling yang hijau dengan rimbunan pohon-pohon...Ewah~ Paling best, perpustakaan ni ada aircond lagi. (Haha. Takleh blah. Kantoi tak tahan panas!)

*Taman Botanikal Melaka dan Perkampungan Buku*

Friday, December 3, 2010

Kita *Orang Muda*...


Kita orang muda bukan bodoh. 
Kita orang muda belajar dari kecil bila mak ayah asuh dan suruh. Berapa nilai duit seringgit? Dulu boleh beli secawan air 50 sen dan nasi lemak yang cukup untuk isi perut. Mak bagi belanja sekolah, RM2 pun dah kira mewah. Tapi itu dulu.



Kita orang muda bukan kurang bijak. 
Kita tak perlu pergi tuisyen, ada kelas tambahan di sekolah. Kita belajar serajin yang boleh sebab memikirkan mak ayah kita berusaha beli buku teks dan buku tulis dulu berbanding sekarang, buku teks diberi pinjam. Kita bayar yuran sekolah juga. Tapi kita belajar sampai pandai buat orang tua bangga.


Birthday *Girlfriend* Saya

Oh, teruknya saya kerana hampir terlupa tarikh pada hari ini- 3 Disember 2010. Hari ini ialah *Birthday* sahabat, girlfriend, sayang saya bernama *Yusrafarah*. Dah lama tak dapat celebrate birthday sama-sama dengan dia sebab sebelum ni masa kat UIA tiap-tiap tahun mesti nak main *tukar-tukar hadiah* dengan dia. *Wink*.

Tapi sayangnya tahun ini kami sudah berjauhan. Dia dah jadi *Architect* kat Johor manakala saya di Kuala Lumpur ini menjadi *kuli kepada bos* saya. Rindunya kat dia.. Kali terakhir kami berjumpa masa konvo dia hari tu. Tapi gambar kat bawah ni diambil masa saya bercuti sakan pada Tahun Baru Cina Februari lepas. Masya-Allah, lamanya!

Tanpa WANITA





Thursday, December 2, 2010

Mood Kesedihan


*Tengah lapar ni*

Minggu ini dinamakan sebagai: Mood Kesedihan.

Agak hodoh nama mood tersebut sedangkan hari ini baru hari Khamis. Ahad belum muncul lagi.   Ahad ini pula mungkin ada benda yang gembira, tapi belum pasti sama ada si *jejaka* itu boleh mengubat atau merawatkan kesedihan ini. (Dengan muka *kacaknya?* Senyum.)

Bekerja 365 hari setahun? Oh, sila tolak hari Ahad yang ada, cuti umum dan cuti raya yang tidak seberapa. Tolong campurkan, hari Sabtu atau Ahad yang digunakan untuk menghadiri kenduri-kendara dengan rela hati dan waktu malam yang digunakan untuk OT (Over time kala malam, siang *beronggeng* macam sekarang, siapa suruh?) tanpa bayaran tambahan, ikhlas kot.  Baki cuti tahun ini = 4 hari!

Jadi bila perancangan untuk *bercuti* dengan sahabat lama kecundang kerana *kepentingan* hidup orang lain, bukankah ada *gurisan* di hati yang tak nampak dek mata celik? Sebabnya bila kita asyik nampak hidup sendiri yang kononnya *paling kasihan* di celah ribuan penghuni cakerawala, takkan ternampak keributan yang berlaku di celah-celah insan yang duduk di sebalik komputer, menahan sabar, mengepam penumbuk di sini dan hanya mampu mengucapkan *La haula wala quwwata illa billah.*

Apakah aku kelihatan marah? Marahku tak nyata di hadapan namun di belakang hati ini bagai mahu menjerit. Kenapa wujud orang sebegini? Jika benar pergimu kerana Tuhan, tapi mengapa tidak dipastikan *pengorbananmu* itu tak menyesakkan makhluk Tuhan yang lain? Aku geram kerana aku yang akhirnya paling *layak* berkorban di sini. Bila aku terpaksa memungkiri janji kepada kawan, bila aku terpaksa menipu untuk menutup kesalahan dan paling aku tak suka, bila terpaksa meluah di dalam blog dalam nada *bebelan!*

"Ya Allah, ampunkan hambaMU ini. Letakkanlah aku dalam kondisi bersabar. Redhakanlah aku Ya Allah. Amin Ya Rabbala'lamin~"

Design for SEmi-D House at Riverview Kemensah



*Master Bedroom Design*

Bahasa Jiwa Bangsa


AMARAN: Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin berat untuk anda baca kerana menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya (Mungkin). Harap Maklum.

Sejak akhir-akhir ini, kita sering melihat Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan kita dicemari dengan cara ejaan yang agak sukar untuk difahami maksudnya. Tatkala negara berada dalam era globalisasi dan kian pesat membangun, Bahasa Melayu seringkali dianaktirikan, terutama dalam hal-hal melibatkan badan korporat (Surat Rasmi, Temuduga, dan lain-lain) dimana Bahasa Inggeris lebih banyak digunakan secara rasmi. Akibatnya, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu kini menjadi kucar-kacir kerana kebiasaan kita mencampur adukkan kedua-dua bahasa ini. 

Oleh yang demikian, dalam tulisan saya pada kali ini, saya ingin menegur beberapa cara penggunaan atau ejaan beberapa perkataan yang tidak sesuai digunakan dalam perbualan terutama dalam bentuk teks yang ditulis sama ada dalam *pesanan ringkas* di telefon atau di Internet.

Perkataan: Dia
Contoh ejaan: Die

Teguran: Apabila menaip perkataan *dia* menjadi *die*, cara sebutan mungkin akan ada persamaan bila diucap daripada mulut. Masalahnya jika maksud perkataan *die* disalah erti dan dibaca dalam maksud *Bahasa Inggeris* maka perkataan tersebut bertukar makna menjadi *mati*. Jadi, bukankah tidak bagus apabila kita kerap menulis *die* apabila merujuk kepada seseorang? Semestinya kita perlu tahu bahawa setiap butir perkataan yang kita sebut itu bila diulang berkali-kali akhirnya akan menjadi *doa*. Adakah kita mahu doa kita dimakbulkan bila kita selalu menyebut *die* atau *mati*?

Cadangan: Jika mahu perkataan itu diringkaskan, apa kata tukarkan perkataan *dia* kepada *ia*. Maknanya masih sama dan hurufnya lebih kurang satu sahaja.