Sunday, October 31, 2010

Kereta Idaman ^_^


Apakah kereta idaman aku? Sebenarnya selepas kereta yang aku ada sekarang, Viva, aku nak beli Vios dan yang terakhir ialah Volkswagen Beetle! Pagi tadi aku drive belakang kereta ni aku terfikir seorang diri, bilalah aku mampu dapat sebiji Volkswagen ni. (Paling best kalau dapat yang warna *purple*. Pergh!)

                                     
Aku kenal kereta Volkswagen ni sejak aku kecil. Tapi dulu orang panggil kereta ni, *kereta kodok* sebab orang nampak dia macam *katak* daripada beetle atau *kumbang*. Masa aku kecil, abah aku ada sebiji kereta Volkswagen lama yang aku selalu main *gelongsor* kat bahagian depan dia. Untuk pengetahuan orang yang tak tahu, Volkswagen lama bahagian depannya ialah bonet manakala belakang ialah enjin. Paling best kereta tu atas dia ada tingkap kecil. Bila buka boleh keluar kepala dan lambai-lambai kat atas. Heh. Tapi aku dah hilanglah gambar kereta tu. Kalau aku jumpa aku tunjuk ya.


   *Lebih kurang design kereta Volkswagen Beetle Lama abah aku*

Nak dijadikan cerita, masa awal-awal Project Semester Degree aku untuk ID, aku pernah kena design Automotive Showroom. Memang agak mencabar project ni sebab masa tu awal-awal lagi jadi budak ID, terus kena buat *commercial design spaces.* Semasa proses design, aku kena buat research pasal Volkswagen punya brand dan semua jenis kereta yang mereka ada. Masa tu jugalah aku tahu, Volkswagen bukan hanya keluarkan Volkswagen Beetle, tapi juga kereta jenis *Sedan* atau Passat, Golf, MPV atau namanya Touareg dan yang tengah promote sekarang iaitu *Polo*. Link sini.

*Presentation Board yang aku buat secara 'manual'.*

*Model yang aku buat. (Jgn comment part workmanship! Hancus!)*


*Ciri-ciri 'pintu utama' Showroom Volkswagen di serata dunia. Tema kuning-putih-kelabu bersama logo di atas*

*Weames VW- Showroom Volkswagen di Jalan Ampang (Dulu asalnya showroom Volvo)*

Kenapa aku suka Volkswagen? Sebab utama mestilah design dia. Aku juga suka *identiti* kereta ni yang lain daripada konsep kereta lain. Kalau baca *history* atau *timeline* ni boleh tengok setiap kemajuan yang dilakukan ke atas kereta-kereta mereka dan ternyata semua kereta sentiasa di*upgrade*. Punyalah upgrade brand Volkswagen ni sampai dulu masa aku buat projek semester *tagline* mereka  “Aus Liebe zum Automobil,”(2003) atau maksudnya  “For the love of the automobile.” Tiba-tiba baru-baru ni aku tengok tagline dia dah dipendekkan jadi “Das Auto,” atau maksudnya dalam Bahasa German “The Car.” 


*Logo Paling Baru VW sesuai dengan Tagline 'Das Auto'*


Apa-apa pun, tolonglah doakan aku dapat sebiji Volkswagen Beetle ni ok. Harga dia last update aku check *murah* je:

VOLKSWAGEN NEW BEETLE 1.6 – 139,888.00


*Tapi Berbaloi kan untuk yang ni?*


Untuk maklumat lebih lanjut tentang Dealer atau Volkswagen Malaysia boleh pergi ke website ini: http://www.volkswagen.com.my/ ^_^

Oh, sebagai hiburan, tengoklah *video* ni. Serius kelakar!


Sources

Saturday, October 30, 2010

AutoCAD Short Cut List

(Klik untuk imej lebih besar)

Aku yang pemurah lagi suka tolong orang ni (konon) dengan suka hati bagi * AutoCad Short-cut* ni untuk semua designer atau orang-orang yang guna software ni untuk buat kerja.

Kalau ada sesiapa nak aku ajar *autoCAD* secara tuisyen atau *3Ds Max* leh contact saya ye...Cikgu Ezdiani boleh bagi library dan tutorial  yang senang untuk dipraktikkan. Selamat mencuba!

*Credit to my ex-supervisor during Practical Training K.Syima for training me to use the Short-Cut!

Untung & Malang...

Beruntungnya...


Kau Cantik, kau dapat Suami Kacak.
Kau Bijak, kau dapat belajar di Luar Negara.
Kau Kaya, kau dapat beli rumah dan kereta besar.
Kau Terkenal, kau punya ramai Kawan.


Malangnya.


Kau Cantik, tapi dalam hati kau Hodoh...
Kau Bijak, tapi kau bijak menipu...
Kau Kaya, tapi tak mahu bersedekah kepada yang miskin...
Kau Terkenal, tapi ramai orang dengki dan benci...


Lebih BERUNTUNG


Kau sedar itu semua REZEKI kurniaan Allah s.w.t. dan kau BERSYUKUR.


Lebih MALANG


Kau alpa dengan kurniaanNYA dan kau terus SESAT dan SESAT....


Thursday, October 28, 2010

MATLAMAT & IMPIAN Hidup


50 perkara tersebut merupakan perkara-perkara yang aku nak buat dalam hidup aku. Impian yang aku telah *set* beberapa tahun lepas, tak silap aku tahun 2004 macam tu. Teka berapa aku dah capai? Haha. So far hanya 5 ok. Itu pun ada yang sipi-sipi. Tak perlulah aku beritahu yang mana berjaya, tapi alhamdulillah, pada saat 28 Oktober 2010, pukul 10.26 malam ini, aku masih diberi nyawa oleh Allah s.w.t untuk cuba capai 50 perkara tersebut. Insya-Allah.

Aku tengok tarikh hari ni. Aku kata kat officemate aku tadi, cepatnya dah habis Oktober! Macam tak percaya dah nak dekat akhir tahun dah. Tahun ni macam cepat masa berlalu kan? Aku pun tak sangka umur aku pun dah nak hampir 26 tahun. Sedap nombor tu..^_^

Sebenarnya aku sentiasa berpegang kepada satu quotes:

"A PERSON WITH AN AIM HAS NO LAST DAY."

Kenapa aku terlalu berpegang kepada quotes ni? Sebab bagi aku, kita kena rancang hidup kita betul-betul supaya hidup kita berada dalam aturan atau landasan yang lurus untuk kita lalui. Walau dalam hidup ini kita akan masuk banyak *simpang*, jumpa jalan *bengkang-bengkok*, tapi akhirnya kalau kita ada *matlamat* yang betul, mesti kita takkan sesat kan? Kalau sesat teruk pun, Allah s.w.t. itu Maha Pengampun, Dia akan tolong juga kita kembali ke landasannya. Insya-Allah.



Orang yang ada matlamat hidup ni selalunya orang yang berwawasan tinggi. Contohnya cita-cita bekas PM kita, Mahathir yang nak capai negara maju tahun 2020. Ingat apa yang dia katakan tu main-main ke? Mestilah dia serius, kalau tak, takdelah Najib beria nak buat bangunan 100 tingkat tu! (Ok, kenapa macam *emo* semacam pasal bangunan 100 tingkat berharga 5 Billion tu? Off topic!)

Apa yang aku sasarkan 50 benda tu, memang agak susah untuk aku capai sebenarnya. Iyalah, tulis atau cakap memang senang. Tapi nak menjadikannya kenyataan, serius susah! Contohnya jadi Interior Designer. Walaupun aku dah berjaya capai benda tu, aku takkan lupa 7 bulan aku merana dan menangis masa kerja kat company lama dulu. Stress kerja sampai kena pergi dapatkan rawatan kat hospital! Memang gila!

Ok. Sebelum tu, ambil lesen kereta. Huhu. Secara jujur, aku fail ujian menulis sekali, teori 2 kali! Hello, ingat senang ke? Anyway sekarang ni alhamdulillah, aku dah reti bawa kereta sendiri dan ada kereta sendiri (bukan VIOS tapi VIVA) berkat usaha aku sendiri. Hebat tak aku? Haha.

Jadi nampak tak *kemanisan* tatkala kita berjaya capai apa yang kita impikan itu? Aku nak orang motivate baca kisah aku ni. Aku nak semua orang ada matlamat dan impian untuk dicapai. Aku nak semua orang berusaha keras untuk capai apa yang diimpikan. Boleh?

Terus-terang, aku bukanlah orang yang *bijak* merancang benda yang ingin dilakukan dalam waktu terdekat. Aku bukan orang yang menepati masa. Aku lebih reti rancang benda yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi yang bahayanya kalau umur aku ni tak panjang, dapatkah aku capai apa yang aku impikan selama ni? Sedihkan?

Tapi korang jangan jadi macam aku. Aku buat benda yang ada depan mata aku, cuma mungkin lewat. Huhu. tapi impian yang aku nak capai, sekarang ni sebenarnya sedikit *terbantut* disebabkan satu impian itu agak susah nak dicapai. Kenapa?

Sebabnya ialah wang! Ya, aku sangat benci baca hal duit ni. Kerana duit, memang banyak benda tertangguh. Perkara paling jelas ialah benda nombor 8 itulah ya. Bayar hutang semua orang! Ah, benci dan benci benda ni! Hutang PTPTN la paling susah nak bayar sekarang ni. Sebabnya zaman sekarang kalau ada Degree pun, tak semestinya gaji kita riban-riban. Apa-apa pun, bersyukur sajalah dengan rezeki anda ya Cik Ezdiani!

Jadi kita kena sentiasa *positif* dalam mencapai matlamat kita ok. Jangan asyik nak mengeluh je. Jangan asyik bertangguh kerja. Jangan asyik berangan, tapi usaha ZERO. Jangan capai matlamat dengan cara yang tak baik atau cara yang melampaui batas agama. 

Tapi yang paling penting, letakkan ALLAH s.w.t dalam segala perbuatan atau usaha yang hendak kita lakukan. Ingat, semua yang kita lakukan adalah kerana DIA, dengan izinNYA dan akhirnya DIA juga yang memutuskannya.

So, apa akan jadi kalau hidup ni berakhir esok?

Aku takkan capai lagi 45 perkara aku nak buat daripada 50 benda tu. Terutama yang nombor 5 tu! Doakan saya!






Wednesday, October 27, 2010

N. Kenapa kau selalu ADA? M. Maafkan saya...

N.
Dia muncul buat aku keliru.
Dia watak yang sudah lama wujud dalam kamus hidup tapi hati ini tiba-tiba rasa lain bila dia muncul.
Dia bukan istimewa. Mungkin.
Dia ada *sesuatu* yang misteri.
Bila tengok gambar dia tiba-tiba senyum.
Aku ni gila.
Bila tengok message dia tiba-tiba seronok.
Aku tak sedar diri!


M.
Maafkan saya ya.
Hati saya masih milik awak.
Jujur. M orangnya.
Jodoh.
M yang terbaik.
Sabar.
M sabar sangat!


TUHAN.
Tolong usir perasaan *aneh* yang terbit antara aku dan N.
TUHAN.
Tolong terus rapatkan hati-hati aku dan M.
TOLONG.



Tip-tip Mendengar MASALAH orang



Aku tulis tips ni bukan sebab nak kata aku ni *hebat* dalam mendengar masalah orang. Tapi aku tulis sebab aku kasihan kepada sesetengah orang yang diberi *mandat* mendengar masalah orang lain. Walau bagaimanapun, apa yang aku bagi ni berdasarkan pengalaman aku. Aku mengaku aku selalu mendengar masalah orang dan berusaha menjadi pendengar dan penasihat yang terbaik untuk orang itu. Insya-Allah.


1. Jadilah Pendengar Yang Terbaik!

Menjadi pendengar yang terbaik sebenarnya bukan mudah. Sebab kadang-kadang bila kita tengah dengar masalah tu, fikiran kita boleh terawang-awang memikirkan benda lain atau kita sedang sibuk buat benda lain pada waktu itu. Jadi kita janganlah biarkan diri kita ni *obvious* sangat tak mendengar. Sekurang-kurangnya ambil sikit point daripada perbualan itu. Macam tak baik kalau orang tu sibuk bercerita, kita pula termenung fikir benda lain. Tak baik tau!

2. Letakkan Akal Di Hadapan Perasaan.
Maksudnya semasa mendengar masalah orang lain, jangan letakkan *emosi* dalam mendengar. Kalau orang yang mengadu tu tengah marah, kenapa kita kena marah juga? Kalau orang tu tengah sedih, takkan kita nak menangis juga? Itulah sebabnya kadang-kadang kita kena mendengar secara rasional dan positif. Kalau kita dengar *masalah* tentang pergaduhan, kita sebenarnya hanya dengar daripada sebelah pihak saja. Cuba kita kaji masalah itu daripada kedua-dua pihak. Baru kita dapat bantu menyelesaikan masalah pengadu.


3.Jangan Dengar Masalah Orang Lain Ketika Ada Masalah Sendiri.
Oh, ini sangat penting! Kalau masa tu kita sendiri tengah runsing tentang masalah kita, jangan ditambah keserabutan benak dengan mendengar masalah orang lain pula. Masalah orang tu takkan selesai kalau kita sendiri bermasalah, malah makin bertambah adalah. Macam mana nak menolak? Kalau orang yang mengadu ialah sahabat kita, cakap elok-elok. Katakan kita juga ada masalah dan cuba cari masa lain untuk mendengar masalah orang itu. (Contoh yang aku pernah buat. Status aku kat Facebook yang bertulis: "Tiada MASA untuk MASALAH orang lain." Sumpah takde orang nak mengadu masalah kat aku! Haha)

4. Contoh Penyelesaian
Apa yang dimaksudkan dengan *contoh penyelesaian* di sini ialah, bila orang tu mengadu masalah, kita mesti nak bagi contoh penyelesaian berdasarkan *masalah orang lain*. Jangan selalu sangat beri masalah berdasarkan *masalah* yang kita pernah lalui. Tak elok sebab akhirnya kita yang sibuk ceritakan masalah kita kat orang tu. Seeloknya berilah contoh masalah yang berjaya diselesaikan atau kisah-kisah teladan yang baik untuk dijadikan panduan. (Contoh: Kisah-kisah Nabi S.a.w atau sahabat-sahabat Baginda yang lebih besar ujiannya suatu masa dahulu.)

5. Ikhlas Mendengar Masalah.
Janganlah berpura-pura semasa mendengar masalah. Kalau tak nak dengar atau tak suka, cakap. Buat apa bebankan diri sendiri dan tipu orang yang mengadu masalah tu? Paling jahat kalau lepas orang tu mengadu, kita kutuk dia di belakang pula. Sebaiknya elakkan mendengar masalah daripada orang yang kita tak suka supaya kita ikhlas mengeluarkan pandangan atau penyelesaian untuk masalah orang itu.



6. Pandai Menyimpan Rahsia.
Kadang-kadang part ni aku kantoi juga. Haha. Tapi kalau aku nak bercerita kat orang lain, aku takkan beritahu *identiti* sebenar pengadu masalah. Sebabnya kita juga perlukan pandangan orang lain tentang masalah orang tersebut tanpa mengaibkan orang yang mengadu, betul tak? Jadi berhati-hatilah mendengar masalah orang itu kerana rahsia itu juga adalah *amanah* untuk kita daripada menyebarkannya kepada orang lain. Wallahualam.

7. Masalah Orang Lain, Tak Semestinya Masalah Kita Juga.
Kita kena didik diri kita, daripada terlalu hanyut dengan masalah orang lain. Hal ini berkait rapat dengan perempuan yang terlalu mudah emosi dalam mendengar masalah. Bila dengar kisah rumah tangga orang lain contohnya, kita pun jadi takut kahwinlah, takut bertunanglah. Tak patut macam tu. Kita kena positifkan diri kita supaya bila dengar masalah orang lain, kita belajar daripada kesilapan orang itu, supaya tak terjadi kepada kita pula. Jadi berhati-hati ya kawan-kawan. ^_~


8. Jangan Dengar Masalah Orang Yang Tak Nak Dengar Masalah Kita
Point ni lebih kurang point nombor 5. Aku bukan nak suruh jadi selfish tapi tak nak biarkan diri sendiri jadi *kaunselor free*. Dahlah kita asyik dengar masalah orang tu, lepas tu bila kita ada masalah, dia buat *derk* aje. Langsung takde *give & take!* Orang macam ni jangan dilayan sebab masa susah cari kita, masa senang lupa kita. (Eh, macam ada pengalaman pula aku ni! Haha.)

Aku harap, tips-tips yang aku bagi ni bergunalah kepada korang semua. Kita bukanlah manusia sempurna, tapi kalau kita dapat kurangkan beban orang lain, bukankah itu menambahkan pahala kita juga? apa-apa pun, ikhlaslah dalam membantu.



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. 
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. 
Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. 
Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. 
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. 
Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. 
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya."
(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim)

Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Amin~ ^_^


Tuesday, October 26, 2010

"Mengintai dari tirai kamar"


Aku dengar lagu ni masa on the way balik tadi kat radio ERA.fm. Serius aku cuba nyanyi, tarik tinggi punya...Haha...(Tiba-tiba tak percaya Ezad Exist ni hebat *high note*) Huhu...Tapi seronokla aku *karok* sorang-sorang dalam kereta tu. Masa tu dahlah jalan bengkang-bengkok! Mahu salah nyanyi, salah jalan..Nauzubillah...

Actually aku bila aku dengar lagu ni berkali-kali, aku sedar, lagu ni bukan ditujukan untuk aku pun. Sebab aku tahu, takde punya jiran-jiran tepi rumah aku ni nak *mengintai aku dari tirai kamar* sebab satu, aku jarang keluar rumah- kecuali pergi kerja. Sebab kedua siapalah aku untuk *diintai dari tirai kamar.* Ketiga, siapalah yang takde kerja nak *intai aku dari tirai kamar* tu? Huhu.

Ok,kukuh tak alasan aku? Haha. Merapek pula... Tapi sinopsis lagu ni kalau dihayati betul-betul, memang kasihan kat laki tu. Dia nak rendah diri, tapi masih berharapan tinggi.

"Silap aku juga
Kerna Jatuh Cinta
Insan sepertimu
SeANGGUN BIDADARI
Seharusnya aku
CERMIN kan diriku...
Sebelum tirai kamar
Aku buka untuk mengintaimu..."

Bahasa dia indah... Bait-bait lirik karangan *Saari Amri* ni memang sedap... Aku kadang-kadang dengar lagu bukan muzik dia saja. Tapi pandang juga *seni* di bait-bait liriknya. Korang ingat senang ke nak tulis lirik? (Bak mai tunjuk kat aku satu lirik. Aku komen. Terkedu. Huhu)

Pengajaran untuk lelaki yang rasa *dia* adalah *lelaki* dalam lagu ini...

1. Kenapa mesti cari perempuan yang *anggun*? Nak sangat yang cantik, cuba cari yang cantik di dalam *hati*. Solehah dan yang dapat mendidik anak-anak dengan baik. Bukankah itu bagus? 

2. Kalau perempuan tu dah tak nak, redha jelah. Banyak lagi perempuan yang baik kat dunia ni. Mesti akan ada perempuan yang akan menghargai anda.

3. Kalaulah anda rasa dia seorang yang *anggun*, apa kata anda *hensem*kan lagi diri anda. Bukan anda perlu buat *plastic surgery*, tapi *hensem*kan diri anda dengan kebaikan dan keikhlasan anda dalam menjalinkan hubungan dengan dia. Sesungguhnya, sekarang perempuan dah tak pandang rupa lagi. Kebaikan dan keikhlasan itu juga aset penting dalam pemilihan seorang lelaki.

Sekian. Marilah *berkarok* bersama lagu ini..Wee~~ ♪♫♪

Sunday, October 24, 2010

Suka N, Sayang R & Cinta M



Suka N

N ialah orang terakhir yang saya kenali antara R dan M. N orangnya manis, bersopan, kelakar dan positif dalam memberi nasihat. N tak pernah buat saya sakit hati. Kalau saya bercerita tentang N, mesti saya akan happy atau tersenyum sendiri. N banyak memberi nasihat bila saya perlukan, tak kira kisah peribadi atau hal-hal remeh di ofis atau hal-hal berkaitan komputer. saya juga senang mendengar masalah N dan akan ada untuknya bila dia perlukan pertolongan.

Saya suka N sebab dia sahabat yang baik. Saya juga suka N sebab dia selalu memberikan nasihat yang positif. N bicaranya lembut dan halus. Tak macam kebanyakan lelaki yang suka cakap kasar dengan bahasa yang mengguris jiwa. N orangnya tak suka burukkan orang lain. Kalau bercerita, N bercerita dengan teliti, satu persatu detail takkan ditinggalkan. 

N memang sangat menarik sebab N juga punya minat yang sama dengan saya. N sokong pasukan bola sepak antarabangsa yang sama dengan saya. N juga suka explore benda baru tentang komputer sama macam saya. N hebat dalam 3D modelling dan kami saling tukar pandangan tentang itu. Serius saya memang suka N. Tapi saya rasa N juga sama dengan saya. Kami suka sama suka sebagai sahabat. Apa-apa pun saya harap N berjumpa gadis yang baik suatu hari nanti. Sebab saya suka N. Hanya suka...

Sayang R

R saya kenal hampir 10 tahun lamanya. R orangnya kacak, tinggi dan diam. Tapi dengan saya bualnya tak pernah habis. Sekali saya telefon R, panggilan macam tak mahu diletakkan. Begitu juga kalau chat di YM. (Yahoo Messenger) Kami akan berbual tak kira waktu kerja atau waktu lewat malam. ada saja benda yang nak dibualkan. Tak pernah habis!

R sahabat yang baik. R akan ada bila saya perlukan dia. R akan marah kalau ada lelaki mainkan saya. R sanggup susah-payah bila saya perlukan pertolongannya. R lelaki pertama yang bersahabat dengan saya tanpa memandang rupa saya. R orangnya simple. Dia genius. Tapi malas. R adalah sahabat yang sama-sama membesar dengan saya sejak dari sekolah hingga kami sama-sama kerja.

Saya juga banyak membantu R. Memberi kata-kata semangat, memberi pendapat dan berkongsi masalah. R tempat saya luah masalah yang kadangkala saya tak mampu ceritakan kepada orang lain. R sokong saya daripada belakang. Saya banyak kali bertemu dengan R. Dia seorang lelaki yang langsung tak berkira tentang duit. Kalau keluar, antara kami tak kesah untuk belanja satu sama lain.

R punya banyak minat yang sama dengan saya. Contohnya *komputer*. R banyak tolong saya tentang hal ini. Bila ada masalah tentang komputer, saya akan terus menghubunginya. R suka bercerita tentang hal-hal semasa, politik atau peribadi dengan saya. Saya pun suka dengar dia bercerita. Kami banyak berkongsi rahsia dan rasa dan saya sangat rindu dia.

R punya teman wanita. Tapi teman wanitanya macam tak sukakan saya. Masa dia ada teman wanita, saya tak tahu nak kata saya gembira atau tidak. Mungkin ada sedikit cemburu. Sebab saya lagi lama kenal R. Kenapa R tak pilih saya? Bila dengar lagu ni, saya mesti teringat akan dia...


*WHY are We still Friends- 98 Degrees*

Tapi saya rela, asalkan R masih sahabat saya. Dia memang sahabat yang tak pernah lupa kawan. Dia memang sahabat lelaki yang paling saya sayang. Saya sayang dia... Sampai bila-bila...

Cinta M

M ialah lelaki yang menemukan saya dengan N. (Kira mereka ini kawan, tapi tak rapat.) M ialah *jodoh* saya. Jodoh yang saya minta Allah s.w.t temukan. M adalah lelaki yang banyak sikapnya berlawanan daripada saya. M senang berubah sikap sejak saya mengenalinya 3 tahun yang lepas.

M sebenarnya seorang yang positif. Kadang-kadang. M pendengar yang baik. Tapi bukan penasihat yang terbaik. Keistimewaan M ialah kesabarannya dengan sikap saya. M jarang marah. M sebenarnya seorang yang baran tapi selalu lembut hati dengan saya. Lagi-lagi bila senjata *air mata* saya terhambur kerananya. Pada saat itu juga, dia akan tewas. Haha. Padan muka.

Memang M selalu buat saya menangis. Selalu kecil hati dengan dia. Dia selalu abaikan saya bila saya perlukan dia. Selalu kot. (Tiba-tiba saya tak pasti.) M orangnya *buta IT*. Saya dah agak awal-awal saya akan dijodohkan dengan orang sebegini. Saya kadang-kadang *angin* juga bila kena ajarnya tentang IT. Tapi saya kena ingat, dia juga sabar dengan perangai mengada-ngada saya ini. Sabar ya M... Huhu.

M orang yang bertanggungjawab, matang dan kacak tapi tak tinggi. Heh. M banyak ada dengan saya tatkala saya ditimpa kesusahan walaupun dia jauh. Hari-hari berhubung dengan M. Tapi tak bosan. hari-hari kena dengar suara dia. Walaupun dia selalu buat saya marah, benci, sakit hati dan sedih, tapi M orang yang selalu buat saya gembira, senyum, ketawa dan yang paling penting, bahagia.

Saya sangat cinta M. Hati saya masih kata, M orangnya cuma jodoh kami untuk hidup bersama satu rumah belum lagi tercapai. Doakan kami!



Saya SUKA N, SAYANG R dan CINTA M. 

Mereka adalah 3 orang lelaki yang berlainan karektor, peribadi dan matlamat hidup. Mereka bertiga antara lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya. Saya hargai kehadiran mereka. Allah s.w.t. yang temukan saya dengan mereka.

Secara jujur, saya anggap N adalah pengganti kepada R yang telah pergi menemui Ilahi beberapa bulan yang lepas. Baca ini. Saya masih merindui R. Hari-hari saya rindu dia dan kadang-kadang saya akan menangis bila terkenangkan dia. Saya sedih kerana saya kehilangannya terlalu awal. Apa-apa pun, Al-fatihah buat Ruzaini Azrin.

Tapi baru-baru ni saya senang dengan kehadiran N. Walaupun sudah hampir 3 tahun juga saya kenal N, tapi saya mulai sedar, N juga sahabat yang baik seperti R. Saya bersyukur sangat Allah mengurniakan saya sahabat seperti N.

M pula, walaupun dia sentiasa ada dengan saya, saya sedar manusia seperti saya masih perlukan sahabat lain seperti R dan N. M sentiasa memahami saya. Sebab tu antara mereka bertiga bagi saya, saya memang paling sayang M. M yang penyabar, M yang mendengar, M yang setia (kot) dan M yang melengkapi hidup saya.  

Alhamdulillah. Syukur kepadamu Ya Allah. Terima kasih kerana mempertemukan aku dengan mereka. 

SAYA SUKA N
SAYA SAYANG R
SAYA CINTA M

TAPI CINTA TERAGUNG SAYA MASIH DIA, ALLAH S.W.T.♥